
Showing posts with label akademik. Show all posts
Showing posts with label akademik. Show all posts
Sunday, March 3, 2013
Tuesday, February 26, 2013
Sunday, February 24, 2013
JOM BELAJAR BAHASA KELANTAN
Kelantanese Vocals & Consonants
Kebiasaannya,setiap perkataan yang berakhir dengan huruf 'n','m','ng', akan digantikan huruf akhir tersebut dengan huruf ' è ' iaitu sebutannya seperti dalam perkataan 'mesin' bukannya sebutan seperti dalam perkataan 'mentah'
Perhatian:Hukum ini hanya boleh digunakan apabila terdapat huruf vokal 'a' sebelum huruf 'n','m' atau 'ng'!
Contoh:
Makan=Makè
Tanam=Tanè
Padang=Padè
Kebiasaannya,setiap perkataan yang berakhir dengan huruf konsonan 'n' dan terdapat huruf vokal 'i' sebelumnya,huruf 'n' tersebut digantikan dengan sebutan 'èng'
Contoh:
Masin=Maseng
Rajin=Ghajeng
Mesin=Meseng
Kebiasaannya,setiap suku kata terakhir yang berakhir dengan huruf vokal 'a' dalam sesuatu perkataan akan digantikan huruf akhir dalam suku kata tersebut dengan huruf vokal 'o'
Contoh:
Bu-ta=Bu-to
Ma-ta=Ma-to
Na-ma=Na-mo
Ke-ra-na=Ke-gha-no
Ke-la-na=Ke-la-no
Se-ra-ma=Se-gha-mo
Kebiasaannya,setiap perkataan yang berakhir dengan huruf vokal 'i' akan dimatikan sebutan 'i' tersebut iaitu sebutannya tidak disebut.
Contoh:
Misai=Misa
Pakai=Paka
Gerai=Gegha
Jika sesuatu perkataan berakhir dengan huruf konsonan 'h' atau 'k' dan huruf konsonan 'h' atau 'k' tersebut didahului dengan huruf vokal 'a',maka digantikan huruf vokal 'a' tersebut dengan huruf 'o'
Contoh:
Tanah=Tanoh
Lemah=Lemoh
Payah=Payoh
Semak=Semok
Selak=Selok
Retak=Ghetok
Kebiasaannya,setiap perkataan yang berakhir dengan huruf 's' akan digantikan huruf akhir tersebut dengan huruf 'h'
Contoh:
Lemas=Lemah
Keras=Keghah
Pedas=Pedah
Kebiasaannya,setiap perkataan yang berakhir dengan huruf 't' digantikan huruf akhir tersebut dengan huruf 'k'
Contoh:
Penat=Penak
Larat=Laghak
Berat=Beghak
Kebiasaannya,setiap perkataan yang berakhir dengan huruf 'l' akan dimatikan huruf 'l' tersebut iaitu sebutannya tidak disebut.
Contoh:
Tinggal=Tingga
Kenal=Kena
Sengal=Senga
Kebiasaannya,sesetengah perkataan yang terdapat ditengah-tengahnya huruf konsonan 'n' dan terdapat huruf vokal 'e' sebelumnya,maka akan dimatikan bunyi 'n' tersebut iaitu tidak disebut huruf itu dan huruf selepasnya akan digandakan iaitu dibaca dengan bersabdu.
Contoh:
Benci=Becci
Kencing=Keccing
Penting=Petting
Kebiasaannya,sesetengah perkataan yang terdapat ditengah-tengahnya huruf konsonan 'n' dan terdapat huruf vokal 'a' atau 'u' sebelumnya,maka akan dimatikan bunyi 'n' tersebut iaitu tidak disebut huruf itu dan huruf vocal 'a' atau 'u' tersebut mesti dipanjangkan bacaannya.
Contoh:
Ranting=Ghaating
Pancing=Paacing
Gunting=Guuting
Runcing=Ghuucing
Kebiasaannya,setiap perkataan yang terdapat huruf 'r' akan digantikan dengan sebutan 'gh'(Bunyinya bukan seperti Spanish 'r' yang bergetar tetapi French 'r' yang merupakan suatu 'equivalence' kepada huruf ghain dalam Bahasa Arab) kecuali jika huruf konsonan 'r' tersebut berada di akhir sesuatu perkataan.Huruf 'r' pada akhir sesuatu perkataan ini mesti dibaca lembut iaitu tanpa getaran.
Contoh:
Kerang=Keghè
Rajin=Ghajeng
Beras=Beghah
Getar=Getar
Sedar=Sedar
Tegur=Tegur
1.Sabdu (Double Consonant) dalam Bahasa Kelantan merupakan suatu aspek tatabahasa yang amat penting kerana boleh menimbulkan kekeliruan terhadap orang lain walaupun ia sebenarnya berasal daripada satu perkataan yang sama.
Contoh :
Tok paka(Tidak memakai) adalah berbeza dengan Tok Ppaka(Tidak berguna,Useless)
Kecek(Bercakap acuh tak acuh/menipu) adalah berbeza dengan Kkecek(Bercakap)
Sakuk(Sangkut,Gantung) adalah berbeza dengan Ssakuk(Hajat yang tak kesampaian/tergantung)
Bijok(Pandai,Bijak) adalah berbeza dengan Bbijok(Sikap melakukan sesuatu tanpa ilmu/cara yang betul)
Ghetok(Retak) adalah berbeza dengan Ghghetok(Jambatan)
2.Sabdu juga penting untuk menjadikan sesuatu ayat aktif sebagai ayat pasif tanpa mengubah struktur ayat tersebut.
Contoh :
Sayo tingga bah(Saya tinggalkan bas)
Sayo ttingga bah(Saya ditinggalkan oleh bas)
Ike make kucing(Ikan makan kucing)
Ike make kkucing(Ikan dimakan oleh kucing)
________________________________________
Kelantanese Vocab:
Bokbong - Musang
Ttuyup - Pepatung
Pok Kor - Mengkarung
Ike Kkhongey- Ikan Cencaru
Gelenyar,Gletah – Gedik,Miang
Saksoba – Absorber
Sedo - Lurus bendul
Bedo – Sewel,Bodoh
Supik Gelenyar - Plastik Nipis
Buoh Topoh - Buah Epal
Bbaloh - Berkelahi
Ggaduh - Gopoh
Saka - Gula (jarang digunakan)
Bekwoh - Kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok - Buang
Jjughuh - Baik,Berakhlak
Ghohok - Susah,Payah
Siak dok ggobar - Jangan risau…Don't worry be happy!!
Wak ggoghi - Bagi memulakan sesuatu…
Dekpong gak eh - Kalau ya pun…
Kelaghing - Kesat
______________________________________
Kelantan vs Kedah
Hujan Berhenti : Huje SEGHEK : Hujan SEGHIAT
Panggil : KELO : KELUI
Tak Sempat: TOK DE : TAK DAN
Jangan : TOK SOH : TOK SAH
Banyak : SAKE : SAKAN
Undur : GUSTE : GOSTAN
Kelantalish(Kelantanese+English)
Pozek - Deposit
Ghizak -Result
Nnejar -Manager
Suwih - Switch
Bok - Book
Kata Penguat
Manis-Manih LLETING
Masin-Maseng PPEGHAK
Pahit-Pahik LLEPE
Masam-Masey PPUGHIK
Tawar-Tawa HEBER
Putih-Putih SSUEH/SSEPONG
Hitam-Hitei LLEGE
Biru-Bighu KKETU
Kuning-Kuning NNEHE
Kenyang-Kenye BBONYAH
Comel-Come LLOTE
Gemuk-Gemuk DDEBOK
Busuk-Busuk BBANGA
Hapak-Hapok KKOHONG
Famous Phrases
YAK! = Opocot,Ops!
-Yak,demo ni,kkejuk kawe!
DEH ? = Memohon restu atau persetujuan (OK ? )
-Demo tunggu kawe pahni deh?
GAK ? = Habis tu?,So?
-Gak mung nok wat guano?
PAH ? = Lebih kurang "GAK"
-Pah mung tingga gitu jah?
HO! = Yalah,Okey'lah
-Ho,kawela hok buatnyoh!
DOK/DOP ? = Lebih kurang "bu(kan)?", "betul tak?"
-Demo kkene ko dio dok/dop?
____________________________________
More words..
1.Jjanguk-Bergaya,Lawa
2.Kupik/kloghek-Kedekut
3.Go/gapo-Apa
4.Deghak-Berjalan
5.Kelik-Balik
6.Tubik-Keluar
7.Nnawok-Tipu
8.Wak lolok-Tipu
9.Nnusuk- Bersembunyi
10.Tey-Pukul
11.Agah- Berlagak
12.Gegey-Bising
13.Jenegho-Terlelap
14.Senyak ttipah-Senyap sunyi
15.Sikik ttuek-Sikit giler
__________________
Becha-Silau
Biso-Hebat
Buwi-Beri
Cètong-Gelas
Ghok-Semak
Jelewok-Muntah
Lèmbèk-Tilam
Loocak-Lompat
Luga-Loya
Naka-Lucu
Soghok-Laci meja
Ssoho-Terkenal
Tohok/Tauk-Buang
Tok Cèkak-Tak larat
Tok Ghok-Tak berdaya
_________________________________
Agah-Sombong
Bangat-Lekas/Cepat
Bekeng-Garang
Belawok-Berbohong
Bidah-Lastik
Gong-Tolol
Maamoh-Kunyah
Ngngejah-Pikat
Semmak-Segak
Ssetor-Manggis
Telebiseng-Televisyen
Telo siso-Cenderahati
Ttepik-Menjerit

Labels:
akademik,
ilmu pengetahuan,
tips
Monday, January 2, 2012
academics | ~back to college~
fuh!!! selepas beberapa minggu IMM bercuti, akhirnya hari ini kena jugak balik ke kolej IMM. walaupun rasa hati amat berat untuk meninggalkan rumah dan keluarga, IMMM tetap tabahkan hati untuk pulang semula ke asrama.

mmglah IMM ada berasa boring bila berada di rumah dalam jangka waktu yg agak lama tp kata orang "HOME SWEETS HOME" btol tak?? mugkin ini adalah lumrah. bila kita berada ditempat lain kita akan ingat dan terkenangkan rumah dan kampung halaman, dan bila berada berada di rumah ita akan terkenangkan pula tempat bermain dan berjuang.
tp IMM sedar suma ini dilakukan untuk masa depan IMM jgk. biarlah bersusah - susah dahulu bersenang - senang kemudian. IMM teringat pulak kata pepatah ' kita datang dengan harapan kita pulang dengan kejayaan" (lbh kurang mcm tu la).

IMM ingin pulang dgn membawa segulung diploma yang akan menjadikan IMM orang yang paling bahagia disamping keluarga dan orang tersayang.
p/s: IMM tidak akan pernah berputus asa dan akan tabah menghadapi semua dugaan untuk cita - cita IMM. INSYAALLAH. (doakan ya...)

mmglah IMM ada berasa boring bila berada di rumah dalam jangka waktu yg agak lama tp kata orang "HOME SWEETS HOME" btol tak?? mugkin ini adalah lumrah. bila kita berada ditempat lain kita akan ingat dan terkenangkan rumah dan kampung halaman, dan bila berada berada di rumah ita akan terkenangkan pula tempat bermain dan berjuang.
tp IMM sedar suma ini dilakukan untuk masa depan IMM jgk. biarlah bersusah - susah dahulu bersenang - senang kemudian. IMM teringat pulak kata pepatah ' kita datang dengan harapan kita pulang dengan kejayaan" (lbh kurang mcm tu la).

IMM ingin pulang dgn membawa segulung diploma yang akan menjadikan IMM orang yang paling bahagia disamping keluarga dan orang tersayang.
p/s: IMM tidak akan pernah berputus asa dan akan tabah menghadapi semua dugaan untuk cita - cita IMM. INSYAALLAH. (doakan ya...)

Sunday, June 5, 2011
:: cuti sem bakal tiba ::
cuti sem mmg IMM tggu selama nie. mmg agak perit tuk menantikan cuti sem nie sbb sebelum ianya berlaku IMM kena menempuhi pelbgai dugaan dan cabaran cthny penat membuat esaimen, kena bt aktiviti kokum, kena bertugas pada hari cuti dan bnyk lg la.
klu IMM fikir2kan mmg agak mencabar sbb IMM nie jenis nk senang jak dm hal yg tak berapa penting.
sebelum cuti sem nie IMM kena bt praklinikal kat klinik kesihatan (KK). tp yg tak besnya KK IMM nie takder asrama tuk student. jd terpksalah IMM nngn kwn2 lain ulang alik dari asrama skang yg IMM dok nie. kwn2 grup lain dorg tinggal kat KK masing2 sbb sna ada asrama. jeles gak la sbb dorg tkder ROLLCALL.
ROLLCALL nie pun merupakan cabaran gak. sebab IMM hnya rasa bebas sebelum ROLLCALL. bkn apa ROLLCALL nie wal sgt jam 9.30pm dh kena LOCK IN. rasanya semua pelati kat cni lelaki. dh nma pun llk kn. pndai2lah jaga diri. klu student JP 2 tak kisah la.
dkt klinik pulak sibuk memanjang dakat 300 org setiap hari dtg klinik 2 pagi tg pulak. tak menang tangan nk tgk kes. tp klu kes ringan2 2 tak kuase nak tgk. pas ngn staff jak la. IMM cuma nk tgk kes yg agak luar biasa skit..huhuhu cuti punya psl la nie.
IMM pun dh mls nie. sampai cni jak la k..
p/s: pelatih 01/10.. sem dpn kita jumpa lg k.. TAHNIAH bt suma yg bertungkus lumus untuk berusah menaikkan nma program kita....huhuhu

Subscribe to:
Posts (Atom)