Saturday, January 28, 2012

perkara yg koraan selalu bt tym kecik2

1. Buka kipas meja, cakap depan kipas nak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.
3. Naik basikal,boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
4. Masa sekolah, ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi.
5. Lukis burung guna huruf 'v'.
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --> ♥
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.
9. Kat sekolah ada salesman yang jual buku cerita.hari ni bagi list,esok mintak duit… Balik rumah paw mak nak beli buku tue walau cerita kat buku tu kita dah tau… Salesman susu pon macam tu jugak…
10. kat library pulak,budak-budak memang baca buku but just tengok gambar aje, bila ada program Nilam, semua sibuk-sibuk nak pinjam buku… Yang advance sikit pinjam bukum Nilam membe sebab nak tiru…
11. RMT kat sekolah makan tak best… Tapi yang berduit pon join RMT…
12. Pakai pensel box yang boleh bukak depan belakang, dah tu kat tengah-tengah tu ada sharpener…
13. Main lawan pemadam ,sayang nak pakai untuk padam… Padahal kegunaan sebenar memang untuk padam pon…
14. Pakai pembaris yang bergerigi, dah tu kat dalam pembaris tu ada air, dalam air tu pulak ada benda berkilat-kilat…
15. Cikgu pakai pembaris panjang kaler kuning… Kat tengah-tengah tu ada pemegang tapi kan kan tak pernah nampak cikgu pegang kat situ…
16. Ayam-ayam sekalian menjadi ramping pasal bulu pelepah gebu nan cantik dah jadi rotan berbulu…
17. Time pendidikan seni, semua tunjuk skill… Melukis boleh tahan tapi bila bab kaler-kaler, hampehhh!!! Ada jugak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj dan macam macam lagi kesenian dipelajari.
18. Main game 2D-super mario, super contra, street fighter… semua pakai tape kot… Pebarang pakai CD cepat rosak…
19. Jam tangan Boy London jadi idaman sebab boleh tukar-tukar kaler ikut suhu dan cuaca…
20. Takut kena injek terutama BCG, macam-macam cerita seram dengar pasal injek BCG nie… Padahal tak ade ape-ape pon…
21. Balik sekolah beli JoJo atau pon Dendang… Tora pon best jugak… Tengok iklan dalam tv, terus pasang angan-angan nak beli semata-mata nak mainan kat dalam tu aje, coklat tak makan pon…
22. Kasut berlampu kat tapak tak main kasut yang ade roda-rado nie bahaye…
23. Siri kartun-power rangers, ultraman, ninja turtles, transformer, thundercat, maskman, gaban dan macam-macam lagi...

Pelakon Batman Begins & Star Wars Liam Neeson mahu peluk Islam




LAS VEGAS: Bintang Hollywood, Liam Neeson, bercadang meninggalkan kepercayaan Katoliknya untuk memeluk Islam.

Laporan media semalam menyatakan, Neeson, 59, mengaku dia “diresapi semangat” itu selepas mendengar laungan azan ketika menjalani penggambaran filem di Istanbul, Turki.

Kata Neeson, azan dilaungkan lima kali sehari dan untuk minggu pertama, dia “gila” mendengarnya.

“Tiba-tiba seruan itu meresapi jiwa dan ia menjadi sesuatu yang paling indah,” katanya.

Neeson berkata, ada kira-kira 4,000 masjid di Istanbul dan sesetengahnya begitu indah.

“Ia menyebabkan saya benar-benar berfikir untuk menganut Islam,” katanya.

Neeson dibesarkan di Ireland Utara sebagai penganut Katolik yang taat.

Bagaimanapun, dia beberapa kali mempertikaikan keyakinannya.

“Saya diajar mengenai Katolik, tetapi saya tertanya-tanya setiap hari secara tidak sedar – apa yang kita lakukan di dunia ini sebenarnya? “Saya sentiasa membaca buku mengenai Tuhan dan fahaman atheis,” katanya. – TS

sumber: hmetro.com.my

Angka 2012 Dalam Al-Quran ?

PENYELIDIKKAN DALAM SURAH AR-RAHMAN MENEMUKAN TARIKH 1433H (2012M) DAN RAKAMAN SESUATU YANG BAKAL BERLAKU.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Satu penemuan terkini tentang kod nombor perdana (prime numbers) didalam al-Quran oleh seorang pakar komputer bernama Ali Adam.

Beliau juga pernah dijemput oleh European Space Agency untuk kajian hubungan gravity dan perubahan masa pada tahun 1999.

Pada tahun 2001 beliau berjumpa dengan pengasas teori fizik terbaru berkenaan Helical Particle Waves dan beliau terus bergabung untuk mengembangkan kajian yang amat diperlukan ketika ini iaitu berkenaan jisim, kuasa elektrik dan kesan tindakbalas magnet.

Beliau menemui corak aturan nombor perdana didalam al-Quran setelah membaca buku bertajuk "Prime Obsession".

Ali terus mendapat ilham untuk membuat analisa terhadap ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali didalam surah ar-Rahmaan.

Surah ini merupakan batu loncatan bagi Ali untuk mengkaji tentang peristiwa 2012 didalam al-Quran.

Nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri.

Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.

Penemuan 2012 dalam al-Quran

Tahun 2012 didalam al-Quran yang dibentangkan oleh Ali adalah berdasarkan tahun hijrah iaitu tahun 1433 yang diolah dari surah Ar-Rahmaan. Dalam surah Ar-Rahmaan Allah menegaskan ayat (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ) sebanyak 31 kali iaitu pada ayat bilangan berikut;

13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77

dan jumlahnya

13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 + 73 + 75 + 77 = 1433

merupakan nombor perdana dan jumlahnya (1+4+3+3=11), juga merupakan nombor perdana!

tetapi paling penting ialah seperti kita maklum sekarang ini kita berada dalam tahun 1432H (2011M), dan kita dapat mengandaikan Allah mungkin menunjukkan suatu kejadian pada tahun 1433H (2012M).

Didapati juga dalam surah tersebut mengandungi 355 patah perkataan, iaitu bersamaan jumlah hari didalam tahun lompat Islam pada tahun 1433H (dikira termasuk huruf Bismillah);

30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 29 + 30 + 29 = 355 days

sumber: http://www.islamicfinder.org/H cal/hdate_year.php?year=1433&base=h

Oleh itu kesimpulan dibuat tiap perkataan didalam surah ini menjuruskan kepada hari tahun Islam 1433H (2012M).

Memandangkan ulangan ayat 31 kali mengandungi 4 perkataan (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ), adalah wajar disimpulkan terdapat hubungan penting antara 31 dan tempoh 4-hari dalam 1433H untuk Allah Ar-Rahman memberi peringatan kepada umat manusia bagi mengambil perhatian.

Adalah didapati ayat ulangan yang pertama jatuh pada perkataan bilangan 44 dalam surah tersebut, boleh disimpulkan bahawa satu peristiwa akan berlaku pada tahun 1433H ialah pada hari ke 44 tahun tersebut iaitu pada 7hb. Januari 2012 berlanjutan selama 4 hari, dan ayat ulangan terakhir jatuh pada perkataan bilangan 346 dan dapat disimpulkan peristiwa tersebut akan berlaku pada hari ke 346 tahun 1433H bersamaan 4hb. November 2012 dan berlanjutan selama 4 hari.

Apakah Peristiwa Itu?

Apakah peristiwa penting itu?

Mari kita lihat pada bilangan ke -1433 dalam huruf, perkataan dan ayat yang masing-masing bertanda merah.

"Hujan batu meteorite?" pada huruf ke - 1433 dalam ayat Quran [2:24]:

بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم

فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ وَلَن تَفْعَلُوا۟

فَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَٰفِرِينَ

But if you don’t do it, and you shall never do it,
then beware The Fire for which Men and stones are its fuel; it is prepared for the unbelievers.

"Balasan azab berpanjangan" pada perkataan ke - 1433 dalam ayat Quran [2:86]:

بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم

أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا بِٱلْءَاخِرَةِ ۖ

فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ

These are they who buy the life of this world for the hereafter,

so their chastisement shall not be lightened nor shall they be helped.

" Balasan terhadap orang-orang mengadakan dusta" pada ayat ke - 1433 dalam ayat Quran [10:69]

بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم

قُلْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ

Say: Those who forge lies against Allah shall never succeed.

////////////////////////////// //////////////////////////////////////////
Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami dan Kami telah mengajarnya sejenis ILMU; dari sisi Kami.
( سورة الكهف , Al-Kahf, Chapter #18, Verse #65)

Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ILMU mengenainya.
( سورة النازعات , An-Naziat, Chapter #79, Verse #44)
////////////////////////////// //////////////////////////////////////////

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam

MUDAHNYA MENCARI ISTERI SOLEHAH

“Susah betul nak cari isteri solehah,” luah seorang pemuda selepas Seminar Keluarga Bahagia anjuran sebuah badan kebajikan.

“Macam cari gagak putih,” tambahnya.

“Memang dah hukum dunia, yang berharga itu susah nak dapat,” katanya lagi.

Tunggu respon sayalah tu. Saya cuma tersenyum.

“Dah kahwin?” Akhirnya saya bertanya.

“Belum lagi ustaz….”

“Kenapa?” dia pula tersenyum sambil mangacukan soalan

“Belum dapat yang solehah?” saya terus mengusik.

“Umur saya dah 28 tahun ustaz...sepatutnya umur 25 dah kahwin … kira dah terlajak le ni.”

“Oh gitu ….. biar terlajak usia, jangan tersalah pilih!” usik saya lagi.

“Nak cari yang betul-betul solehah bukan senang”.

“Kalau tak jumpa, macam mana?” tanyaku lagi..

“Tulah yang saya pening ni. Syarat-syarat saya ni susah sangat ke?”

“Apa syaratnya?” soal ku..

“Syarat-syarat wanita solehah … mesti solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji, puasa sunat….”

“Macam tu tak susahlah… ramai yang ada syarat-syarat macam tu,” balas saya.

“Tu yang lahiriah. Yang paling penting bertakwa,” katanya lagi.

“Macam mana pula nak ukur takwa tu?” tanya saya.

“Tu yang pening.Takwa tu dalam hati. Ni soal hati. Tapi apa boleh buat, saya nak jugak isteri solehah, isteri yg bertakwa!”

“Nak tak kalau saya bagi tips mudah, dapat isteri solehah?” pelawa saya.

“Saya tak paham. Macam mana kita boleh nilai calon isteri tanpa menilai syarat-syaratnya. Itukan panduan daripada hadith?” soalnya panjang.

“Untuk dapat isteri solehah, JADIKAN DIRI KITA DULU CALON SUAMI SOLEH …cuba cari ciri-ciri suami soleh ….bina semua ciri tu dalam diri kita. Bina sahsiah, lahiriah seorang lelaki soleh kemudian muhasabah pula soal hati …. Ukur iman dan takwa kita”.

“Nak ukur iman dan takwa kita?…susah tu ustaz...Itu soal maknawi”

“Tapi, jauh lebih mudah dari nak ukur iman dan takwa orang lain, kan?” ujarku..

“Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Lebih cepat kita bina sifat-sifat lelaki soleh, tingkatkan iman dan takwa … lebih cerahlah peluang untuk dapat isteri solehah.

Semuanya atas usaha kita sendiri. Sebelum ni, kita bincang pasal menilai diri orang lain dulu.Tu yang kita silap.

Bukankah Allah dah jamin, lelaki mukmin untuk wanita mukminat?

Lelaki soleh jodohnya wanita solehah? Insya-Allah.”

“Habis tu … saya kenalah berhenti cari wanita solehah sebab nak jadi lelaki soleh?”

“Tak gitu. Lebihkan nak jadi lelaki soleh sambil tu teruslah cari isteri solehah.”

“Ok gak tu! Serampang dua mata,”katanya.

“Satu lagi, berpada-padalah dengan piawai solehah awak tu. Jangan terlalu tinggi. Nanti tak tercapai. Cukuplah dgn tahap sederhana.”

“Maksud ustaz?”

“Jangan terlalu ideal menilai calon isteri sebab sifat-sifat solehah itu ‘on going process’ (dibina secara berterusan).

Mungkin sebelum kahwin tahapnya rendah sedikit, tapi dengan pimpinan suaminya nanti tahap solehahnya boleh di-upgradekan lagi.”

“Boleh lebih kurang lah ni ye?”

“Salah tu …. Panduan dan ajaran Islam mudah. Tapi bukan alasan untuk dipermudahkan.”

“Apa kaitannya dengan yang kita bincang sekarang ni ustaz?”

“Begini, awak mesti lebih ketat dalam menilai diri sendiri. Jangan ambil mudah soal iman dan takwa diri sendiri.

Letakkan piawai tinggi untuk diri sendiri.

Bukankah lelaki akan jadi pemimpin rumahtangga?

Penilaian calon isteri sepatutnya rendah sedikit … nanti senanglah nak bentuk bila dah jadi isteri kita….”

“Oh saya faham”

“ Bagus tu. Sayangnya kebanyakan lelaki menilai sebaliknya … untuk dirinya dinilai dengan piawai soleh yang rendah.

Tetapi untuk calon isterinya dinilai dengan solehah yang tinggi. Itu silap!”

“Alhamdulillah… saya harap jodoh saya akan tiba nanti.”

“Amin …tamatkanlah penantian solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan soleh diri.”

Sekadar ingin berkongsi dengan sahabat2 sekalian..

Tapi, ada betulnya jugak kan??

Berusahalah ke arah itu demi sayangmu keranaNYA..

Pesanku pada diri “Mendidik diri lebih utama...…”


p/s: harap IMM pun mcm gtu..

Monday, January 2, 2012

academics | ~back to college~

fuh!!! selepas beberapa minggu IMM bercuti, akhirnya hari ini kena jugak balik ke kolej IMM. walaupun rasa hati amat berat untuk meninggalkan rumah dan keluarga, IMMM tetap tabahkan hati untuk pulang semula ke asrama.





mmglah IMM ada berasa boring bila berada di rumah dalam jangka waktu yg agak lama tp kata orang "HOME SWEETS HOME" btol tak?? mugkin ini adalah lumrah. bila kita berada ditempat lain kita akan ingat dan terkenangkan rumah dan kampung halaman, dan bila berada berada di rumah ita akan terkenangkan pula tempat bermain dan berjuang.



tp IMM sedar suma ini dilakukan untuk masa depan IMM jgk. biarlah bersusah - susah dahulu bersenang - senang kemudian. IMM teringat pulak kata pepatah ' kita datang dengan harapan kita pulang dengan kejayaan" (lbh kurang mcm tu la).





IMM ingin pulang dgn membawa segulung diploma yang akan menjadikan IMM orang yang paling bahagia disamping keluarga dan orang tersayang.



p/s: IMM tidak akan pernah berputus asa dan akan tabah menghadapi semua dugaan untuk cita - cita IMM. INSYAALLAH. (doakan ya...)