Tuesday, December 20, 2011

ilusi mata

























borink tym cuti

tym cuti mmg bes, tp tym tu masi lg kat kolej. rasa2 nk cuti jak tym tu. tp bila dh cuti, lama dok umah, rasa borink pulak. mgkin sbb kwn2 teda kot. bg IMM yg dh biasa dok asrama nie, mmg tak bole la klu lengang skit ngn kwn2 mmg rindu giler la...

suma aktiviti pun bt ngn kwn2. makan, minum, main boling, tgk wayang, shopping dan bnyk lg la. klu ngn kwn2 tu ader jer aktiviti nk dibuat. tak penah nk dok diam. rasa rindu plak ngn kwn2 tym nk post entry nie.




korg taw tak, cuti IMM pun tak lma lg nk abes dh. kali nie IMM excited nk p praktikel sbb nti bole tgk tmpt org. tp bkn tu yg IMM tggu, IMM nk jmpa kwn2 baru.....hehehehe

p/s : kwn2 pompuan pulak tu.

Saturday, December 17, 2011

kini kembali


lama tak update entry kat blog nie kn... erm, dh mcm dilupakan tp sebenarnya tak lg cuma masa yg tidak membenarkan. jd mulai esok blog ini akan berseri seperti dlu...

Monday, August 1, 2011

flight R1432H

Selamat datang ke penerbangan Ramadhan Air Line.

Perhatian kepada seluruh penumpang bahawa kita akan terbang diatas ketinggian lapar & dahaga sekitar 30 hari lamanya. Oleh itu, anda dinasihatkan agar memasang tali pinggang puasa & tegakkan kerusi terawih demi keselamatan. Segala alatan mengumpat dan yang sama waktu dengannya adalah dilarang sepanjang penerbangan ini.


Saya selaku anak kapal mengucapkan: "Selamat Menunaikan Ibadah Puasa" dengan harapan semoga penerbangan Ramadhan kali ini berjaya mendarat di lapangan 'taqwa' dengan selamat. insyaALLAH. Kami mengucapkan terima kasih kerana memilih penerbangan ini.

salam 1 Ramadhan

bulan Ramadhan kembali lg.mcm masa berlalu terlalu cepat, pejam celik pejam celik akhirnya Ramadhan berkunjung tiba menemui semua umat islam di muka bumi ini. IMM bersyukur pada tahun ini dapat juga merasa kenikmatan bulan ramadhan. IMM berharap bulan yg digelar penghulu segala bulan ini akan memberi manfaat kepada IMM untuk menambah pahala disamping dapat menjaga kesihatan.


dikesempatan ini IMM nak mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN umat islam di dunia khasnya buat keluarga tersayang, rakan2, teman2. semoga kita semua beroleh rahmat pada bulan yang sangat mulia ini.

Sunday, June 5, 2011

:: cuti sem bakal tiba ::

cuti sem mmg IMM tggu selama nie. mmg agak perit tuk menantikan cuti sem nie sbb sebelum ianya berlaku IMM kena menempuhi pelbgai dugaan dan cabaran cthny penat membuat esaimen, kena bt aktiviti kokum, kena bertugas pada hari cuti dan bnyk lg la.

klu IMM fikir2kan mmg agak mencabar sbb IMM nie jenis nk senang jak dm hal yg tak berapa penting.

sebelum cuti sem nie IMM kena bt praklinikal kat klinik kesihatan (KK). tp yg tak besnya KK IMM nie takder asrama tuk student. jd terpksalah IMM nngn kwn2 lain ulang alik dari asrama skang yg IMM dok nie. kwn2 grup lain dorg tinggal kat KK masing2 sbb sna ada asrama. jeles gak la sbb dorg tkder ROLLCALL.

ROLLCALL nie pun merupakan cabaran gak. sebab IMM hnya rasa bebas sebelum ROLLCALL. bkn apa ROLLCALL nie wal sgt jam 9.30pm dh kena LOCK IN. rasanya semua pelati kat cni lelaki. dh nma pun llk kn. pndai2lah jaga diri. klu student JP 2 tak kisah la.

dkt klinik pulak sibuk memanjang dakat 300 org setiap hari dtg klinik 2 pagi tg pulak. tak menang tangan nk tgk kes. tp klu kes ringan2 2 tak kuase nak tgk. pas ngn staff jak la. IMM cuma nk tgk kes yg agak luar biasa skit..huhuhu cuti punya psl la nie.

IMM pun dh mls nie. sampai cni jak la k..

p/s: pelatih 01/10.. sem dpn kita jumpa lg k.. TAHNIAH bt suma yg bertungkus lumus untuk berusah menaikkan nma program kita....huhuhu

Monday, May 16, 2011

:: exam dh pown abes ::



akhirnya IMM dapat menempuhi minggu2 yg agak sukar bagi IMM dan kengkawan yg len sebab exam final yg mmg tak ble blah. memandangkan exam IMM berturut2 dan tmbah2 lg ada paper tuk OSCE mmg bertambah2 lah tekanan dan tahap ke'stressan' IMM.

tp walau bagaimana pun IMM bangga ngn diri IMM (kembang hidung) sbb dapat lalui hari2 yang sukar nie ngn tenang. IMM korban waktu tidur dan waktu makan IMM demi menelaah dan memahami setiap jenis masalah yg dikemukan daripada soalan yg lepas2 di samping untuk mnguruskan badan.


nk tunjuk kat bapa result cemerlang

IMM dh cuba yg terbaeeek kata org dan harap result yg bakal kuar pada 25 may (tak psti lg) gempak , meletop dan cemerlang. IMM yakin IMM bole jawab tp betul ker tak jawapan IMM bg 2 itu yg menjadi permasalahan kat cni.

IMM nk ucapkan jugak ucapan ribuan terima kasih pada kawan2 IMM yg bnyk membantu IMM dalam mentelaah pelajaran. IMM harap korg jugak lulus ngn cenerlamg okeis.


kejayaan di kongsi bersama



p/s: lps nie bole slalu update blog....

Sunday, May 15, 2011

komik islam



:: petua awet muda ::

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur.

Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.

Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.

Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.

Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.

Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.

Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

Amalkan solat tahajud.

Sentiasa tenang dan bersikap positif.

Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

Maafkan semua orang sebelum tidur.

:: TERIMA KASIH CIKGU ::


Mengapa aku memilih kerjaya ini? Mengapa?

Teringat aku suatu ketika dahulu guru Matematik Tambahan aku pernah berkata, "Ina, mengapa kamu mahu memilih bidang Pendidikan Khas? Kalau macam tu lebih baik jangan ambil matapelajaran Matematik Tambahan!"

Ouch.. Aku terkesima.. Mengapa guruku? Salahkah aku memilih bidang Pendidikan Khas?

Sekali lagi aku dilemparkan tomahan ketika aku ingin memilih bidang Pendidikan Khas sebagai bidang yang ingin aku ceburi setelah tamat menduduki peperiksaan SPM oleh ibu saudaraku yang tidak bersetuju denganku.

"Ang nak mengajaq anak-anak cacat ka? Biaq betui..Ambikla kursus yang bagus sikit...Tolongla..."

Mengapa ibu saudaraku? Salahkah aku memilih bidang Pendidikan khas?

Suatu hari, jiranku datang kepadaku...

Agak pelik kelakuannya.. Bergerak ke sana ke sini. Ketawa berdekah-dekah. Lantas dia berkata kepadaku,

"Aku berlakon jadi budak cacat.. Hang kan nak mengajaq budak cacat.."

Ku dengar hilai tawanya semakin panjang. Aku menarik nafas panjang. Ya Allah, salahkah aku memilih bidang pendidikan Khas? Mengapa jiranku? Salahkah aku memilih bidang Pendidikan Khas?

Di suatu pagi yang cerah.Ibuku menghampiri aku.

"Emm...Mak dengaq orang tua-tua kata kalau mengajaq budak-budak cacat ni nanti kena tulah..Ang tau apa dia tu. Kalau esok hang dah berkeluarga, dah mengandung. Hang pergi sekolah,lepas tu mengajaq budak-budak cacat .Hang tak takut esok-esok anak hang lahir cacat jugak? Macam budak-budak cacat yang hang mengajaq tu?"

Wahai ibuku, hancur luluh hati anakmu mendengar luahanmu.. Mengapa ibuku? Salahkah aku memilih bidang Pendidikan Khas?

Ketika aku berada di tingkatan empat, ku lihat wajah-wajah yang mengharapkan perhatian. Ku lihat ada sinar di wajahnya. Ada yang bersifat keanak-anakan sedangkan usia mereka sebaya denganku malah lebih tua dariku. Aku sering memandang ke tingkap kelasku. Ceria mereka mengusik guru-guru mereka.

Aku melihat lagi, seorang pelajar perempuan yang mungkin sebaya denganku memeluk gurunya seerat-eratnya. Senyuman ikhlas terpancar diwajahnya. Mungkin ingin luahan rasa terima kasih kepada gurunya. Mungkin sayangkan gurunya. Mungkin dia memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang yang tak terhingga. Kenangan lama terpaut kembali andai aku pulang ke desa. Sememangnya memberi nostalgia lama dan menggamit seribu kenangan.

Mengapa? Kerana di situlah cintaku mula bercambah. Bercambah dan semakin bercambah.Ya! Aku memilih bidang perguruan. Aku ingin menjadi seorang guru Pendidikan Khas. Itu matlamatku. Akhirnya terlaksana jua keinginanku kerana aku dapat melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru di utara tanah air. Bidang Pendidikan Khas tetap menjadi pilihanku. Hari berganti hari. Sudah genap dua tahun aku menjadi seorang pelajar dan bakal guru demi menggemgam segulung ijazah dalam bidang Pendidikan khas.

Kesabaran tetap menjadi kunci dalam hidupku. Perit jerih aku di institut tidak mematahkan semangatku demi bergelar seorang pendidik. Tahun pertama aku di institut pendidikan guru, aku diberi latihan keguruan. Selama seminggu aku perlu ke sekolah untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah. Selama seminggu, aku datang ke sekolah. Menuju kelas yang sama. Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Aku melihat realitinya. Ya! Memang ini yang akanku hadapi kelak.

Kanak-kanak hiperaktif, Sindrom Down, Disleksia, autisme, Slow learner..

Ya, Allah, kuatkan semangatku demi cinta ini.

"Aku cokelat superman..."

"Aku sak bisa nagis...."

"Bia kelisih ku pei ninggalkanku.."

Lamunanku terhenti. Aku melihat Nasrullah seorang kanak-kanak menyanyi dengan gembiranya. Tiada apa yang perlu difikirkan oleh kanak-kanak ini. Hanya bauan syurga yang bakal menggamitnya.

Setiap hari aku di kelas itu, anak-anak bakal penghuni syurga ini akan menghulurkan tangan. Salam tanda hormat kepada gurunya. Hatiku merintih sayu.Syahdu. Tidak dapat ku gambarkan betapa syahdunya hati ini kerana setiap hari bakal penghuni syurga ini akan selalu tersenyum kepadaku.

Bersalam denganku.

Ya, Allah aku amat bersyukur dengan nikmat yang engkau berikan . .

Wahai dunia... Ingin aku katakan.. Anak-anak kecil tanpa berdosa ini memerlukan kasih sayang. Perhatian yang tidak terhingga. Jadikanlah kesabaran melekat di hati agar amanah yang Allah berikan tidak disia-siakan. Aku ingin jua katakan kepada diriku..

Wahai Hati, tabahlah.. Engkau bakal menjadi guru. Guru pendidikan Khas. Jangan engkau mengingkari janji-janji kepada Tuhanmu. Jangan sesekali-kali. Perbanyakkanlah ilmu di dada. Engkau guru yang teristimewa!

Ya.... Sangat istimewa...

Ya Allah berikan aku ketabahan.. Berikan kepadaku hati yang ikhlas untuk anak-anak ini..

Demi Kasih ini, akanku hadapi dengan berbekalkan keazaman!


P/S: cikgu yg pertama adalah ibu bapa kita.

Thursday, April 21, 2011

berkawan biar la smpai mati


benda nie dh pun berlanjutan lbh kurang seminggu dh. IMMpun tak taw knp tiba2 jd mcm nie. sorg kwn yg dahulu susah senang bersama kini mengatakan hendak mengundur diri. sebab sebenar tidak diketahui. mengapakah jd begini???


persahatan yg terjalin yg begitu lama sudah boleh dianggap seperti adik beradik yg begitu akrab. jika dicubit paha kiri paha kanan pun tersa sakitnya. kata2 itulah yg boleh digambarkan untuk betapa akrabnya persahatan yg terjalin.



ceritanya bermula begini, pada suatu hari 2. IMM ada ternmpk post sorg kawan IMM kat 1 laman web sosial yg femes skang nie (korg pun taw kn) IMM pun berasa hairan knp seorg kwn nie berkata sedemikian. jd IMM pun tanpa rasa bersalh p komen dan bertnyakan sebab sebenar. IMM cuma bertnya. mklumlah sbgi kwn jika kwn len ditimpa masalah kita pun rasa masalah 2 pun menimpa kita kn. tak gtu??



dan tak semena2 IMM dimarah dan IMM tidak disuruh untuk membalas komen tersebut. alangkah terkejutnya hati ini. IMM pun berkata dlm hati, "aku ada buat salahkah dgn dia nie??"
tp IMM tym 2 bengang dgn sikap seorg kwn nie dan tanpa memikir panjang IMM pun singkirkan dia dr friend list IMM. siap blok lg. ya lah sakit hati kn. tp kata org jika kita dlm keadaan waras kita tak dpt berfikir dgn waras. IMM mnta maaf yek. skang IMM mnyesal pulak.




semalam IMM, rmi dh kwn IMM yg len dpt taw dan menghubungi kwn td. taaw apa respon kawan seorg nie...?? kwn 2 pi marah pulak kwn yg hendak menyelesaikan masalah kwn kita 2. kata nya sbb dia berkata begitu sbnrnya dia dh ada kwn yg lbh baik dr kitaorng suma dan lbh sporting. apa kurang sporting kah kita suma selama nie.



memang tidak dpt dibayangkan persahabatan yg terjalin bertahun lamanya lenyap dgn hanya sekelip mata. sedih lah. selama persahabatan terjalin bnyk kenangan yg indah2 belaka. tidak sanggup pulak untuk melepaskan perkara nie.

p/s: harap persahabatan ni tidak berakhir bgini..biarlah kematian yang memisahkan kita.

Friday, April 15, 2011

:: final exam ::



hye sumer..... IMM pun dh lma kn tak jenguk2 blog nie,
bukannya malas cuma takde masa nk buat post baru.
memandangkan esok merupakan hari cuti hujung minggu,
maka IMM pun ambil lah kesempatan skit untuk bersua mesra ngn peminat suma.
hehehe

sebenarnya IMM nie nda lama lg mo exam final. klu kmu suma perasaan kn IMM
ada buat post pasal exam mode beberapa minggu lps. itu merupakan
exam pertengahan semester yg kali nie exam akhir sem taw.

exam final nie la yg menentukan pointer IMM nti sama ada cemerlang
atau cukup2 makan jer. IMM pun takut jgk nie sebenarnya.
almaklumlah semakin senior nie subjek pun semakin susah. tak gtu??

dh la persiapan pun agak kurang lagi. mana taknya klu ada masa terluang tu
hah! mulalah nk main game la, kuar p tgk wyg la, masa tgk buku cuma dlm kelas.
kat dlm kelas 2 pun bnyk berbual daripada tgk buku. hehehe
salah IMM jgk la tak sedar awal2 kn. dh terhantuk baru nak terngadah.


kang msk dewan exam blank2

pejam celik, pejam celik hanya ada 3 minggu jak lg nk exam final nie.
ehhhh!! takutnya, berdebar pun ada, hepi pun ada gak
sebab klu dh nk final exam tu mknanya penghujung semester bakal tiba.
nk cuti jer kejenyer.

tp sodih la pulak sbb cuti semester kali nie cuma 2 minggu jer. biar betol???
betol!!! tak tipu.

dhlah IMM pun sambung belajar lg. nk cukupkan ilmu di dada sebelum bertarung sok.



p/s: buat kwn2 suma gud luck ya....jumpa kmu suma sem dpn.

Saturday, April 9, 2011

kuasa make up.....


td IMM ada bukak 1 laman web nie ( sori tak bole nk bg link), IMM tgk bnyk gmbar yg pelik2 yg bukan2 pun ada. pastu IMM tak sengaja klik 1 gmbr nie sbb gmbr artis korea mmg cun la.
then klik punya klik terjumpa pulak gm br nie (ada kat bwh nie).
trus IMM pun terfikir "owh mcm nie rupanya" jd suma artis korea (pompuan) nie tak la bgitu lawa mcm drama yg IMM slalu tgk 2.
rupa2nya kena kover ngn mekap.
dia cocok tang sini, tang sini mcm dlm filem pendekar bujang lapauk 2...(ingt lg tak).
tp yg peliknya bnyk2 gmbr sumanya artis korea ngn jepun ( asia la sng ckp) trus IMM pun ubah idealogi IMM psl artis korea ngn jepun nie.....

tgk jak la kat bwh nie...


nmpk tak perbezaan kat gmbr nie...

Friday, April 8, 2011

personal taste....


nie 1 lg drama korea yg IMM sdg tgk skang nie
semasa post ini dibuat IMM baru tgk ep1 dlm drama ini.
tajuk drama ini PERSONAL TASTE, tp tak tahu lg drama nie berkisarkn ttg apa.
jd klu nk tahu kena tgk la drama nie.
download?? nk??
yg tue kena akhtiar sendiri la erk...
IMM rasa nk bagi detail la ttg drama nie
tggu kejap erk...

  • Title: 개인의 취향 / Kaeinui Chwihyang
  • Also known as: Kae In's Taste / Personal Taste
  • Genre: Romance, comedy
  • Episodes: 16
  • Broadcast network: MBC
  • Broadcast period: 2010-Mar-31 to 2010-May-20
  • Air time: Wednesday & Thursday 21:55

Jeon Jin Ho is a straight guy who pretends to be gay in order to become Park Kae In's roommate. His hobbies include organization and ironing, and he’s known for his stoic poker face. He’s a stickler for cleanliness, but he also has a talent for figuring out a women’s feelings. Kae In is very trusting even though she has a habit of being betrayed. However that doesn't stop her from giving people the benefit of doubt and Jin Ho is no different. How will Kae In react when she finds out that her gay roommate is not actually gay at all and that he has fallen for her?

gambaran hari kiamat (kuliah jumaat)

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

Monday, April 4, 2011

korean drama....


  • Title: 시크릿 가든 / Secret Garden
  • Genre: Romance, comedy, fantasy, melodrama
  • Episodes: 20

  • Broadcast period: 2010-Nov-13 to 2011-Jan-16
  • Air time: Saturday & Sunday 21:45


The drama tells the story of Kim Joo Won (Hyun Bin), an arrogant and eccentric CEO who maintains the image of seeming perfection, and Gil Ra Im (Ha Ji Won), a poor and humble stuntwoman whose beauty and body are the object of envy amongst top actresses. Their accidental meeting, when Joo Won mistakes Ra Im for actress Park Chae Rin, marks the beginning of a tense, bickering relationship, through which Joo Won tries to hide a growing attraction to Ra Im that both confuses and disturbs him. To complicate matters further, a strange sequence of events results in them swapping bodies.