Monday, April 30, 2012

~troll rumate anda~



1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate masok balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka ****h, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka ****h dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.
bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.


p/s: cubalah

~kemaluan khunsa~


kemaluan khunsa



Secara fitrahnya Allah mencipta manusia dalam keadaan berpasangan iaitu lelaki dan perempuan. Selain itu ada juga satu lagi jenis manusia yang mempunyai dua jantina iaitu dipanggil sebagai khunsa. Kewujudan golongan ini merupakan tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah S.W.T. Dari segi Fiqh Islam, khunsa adalah seseorang individu yang tidak diketahui jantina sama ada lelaki ataupun perempuan disebabkan dia memiliki zakar dan faraj serentak ataupun tidak memiliki kedua-duanya sejak kecil lagi. Khunsa terbahagi kepada dua jenis, iaitu khunsa musykil (khunsa yang diragui) dan juga khunsa ghair musykil (khunsa yang tidak diragui). Khunsa musykil ialah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan sebagai lelaki ataupun perempuan. Manakala khunsa ghair musykil pula ialah individu yang sudah dapat dipastikan sama ada dia itu wajar dikategorikan sebagai lelaki ataupun perempuan melalui tanda-tanda seperti kedatangan haid. Harus dari sudut hukum syarak bagi khunsa ghair musykil untuk berkahwin tetapi haram bagi khunsa musykil untuk berkahwin. Dalam bahasa inggerisnya khunsa di sebut sebagai hermaphrodite.


 p/s: tujuan paparan bukanlah berunsurkan lucah tetapi hanya untuk pengetahuan...

Sunday, April 29, 2012

~SAMBUTAN HARI PPP 2012~

Tanggal 10 Mac merupakan satu lagi tarikh bersejarah buat profesion Pembantu Perubatan (Penolong Pegawai Perubatan) di negara ini kerana tarikh tersebut telah dipilih sebagai 'Hari Pembantu Perubatan'. Semalam, bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah diadakah Majlis Sambutan Hari Pembantu Perubatan peringkat kebangsaan. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini telah dihadiri lebih dari 350 orang PPP dari seluruh negara. Majlis yang sederhana tetapi penuh meriah dan bermakna ini telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Datuk Kamarul Zaman Bin Mohd Isa. Menyorot kembali sejarah PP, profesion ini telah wujud lebih dari 120 tahun di negara ini. Pada awalnya ia dikenali sebagai Apothecaries yang diperkenalkan oleh British Malaya di Pulau Pinang. Semasa pemerintahan British, profesion ini juga dikenali sebagai Sub-Assistant Surgeon dan kemudiannya dipanggil Dresser. Sejajar dengan peranannya yang semakin berkembang, beberapa transformasi gelaran telah berlaku iaitu Pembantu Rumah Sakit (1963), Pembantu Hospital (1970), Pembantu Perubatan (1985) dan terkini ia dikenali sebagai Penolong Pegawai Perubatan. (2007). Sejajar dengan peranannya sebagai tulang belakang dalam sistem penyampaian kesihatan di negara ini, maka sewajarnya sambutan Hari Pembantu Perubatan pada 10 Mac diiktiraf sebagai tarikh penting dalam diari KKM dan disambut setiap tahun. Pengiktirafan ini penting bagi menghargai jasa dan sumbangan PP yang tidak ternilai bagi memastikan taraf kesihatan rakyat di negara ini sentiasa dijaga. Kepada semua PPP ' Selamat Hari pembantu Perubatan 2012 - Together We Care' abu aiman

~lebam di paha~

Mungkin ramai yg anggap lebam di peha selepas bangun dari tido adalah perkara normal...mengikut ilmu perubatan...ia adalah masalah pengaliran darah...mengikut kata org2 tua...kena gigit hantu...kali ni aku nak huraikan dari sudut agama pulak...so get ready dan bersedia utk buka minda...xrugi pun klu luangkan masa nak baca kejap... Macam biasa lah..aku dengar ceramah dari seorang ustaz yg menyentuh soal ini...ditujukan terutamanya bagi perempuan yg selalu mengalami lebam di peha ketika bangun tido...ustaz ni dah bagi petua utk mengelakkannya...sekali dengan punca yg menyebabkan ia berlaku... Pertama sekali, ia buleh berlaku apabila pempuan mandi ketika senja..diwaktu syaitan dan jin berkeliaran dan pempuan itu mandi dalam keadaan tanpa mengenakan sebarang kain basahan...berkemungkinan pempuan yg mandi senja ni...antara pukul 6.30-7.30 dan mandi selamba rock tanpa kain basahan...akan mengalami masalah lebam peha...kerana jin suke pada pempuan ni...itu pasal time tido jin tu gigit pempuan ni...perlu igt bahawa jin2 ni pun suke pada manusia..jgn ingat manusia je ada nafsu pada pempuan...jin pun ada...so time mandi dia mengendap dan time tido dia gigit... Yg keduanya...pempuan yg sebelum tido makan dan pegi tido tanpa basuh tangan dan mulut...yg jenis mcm ni pun ada potensi utk mendapat lebam kat peha...oleh itu...elakkan makan kat tempat tido...dan elakkan dari tidak mencuci mulut dan tangan sebelum tido...jin akan gigit pempuan ni ketika tido... Bukan xde lelaki yg lebam peha tapi jumlahnya xbanyak berbanding dengan pempuan...kerana ia berpunca dari jin yg suke kat pempuan tu dan pempuan tu sendiri yg xmenjaga kebersihan diri... Bagi org moden...maybe sukar nak percaya jin2 ni...almaklumlah zaman moden...kat sekolah pun xdiajar...itu pasal susah sket nak terima hakikat perkara ni ada kaitan dengan unsur2 ghaib...lebih senang anggap ianya masalah peredaran darah je... Oleh itu bagi sape2 yg selalu lebam kat peha...igt..jgn mandi ketika senja...lepas senja xpe nak mandi pun..dan klu nak mandi tu..sila pakai kain basahan...sebelum tido cuci mulut dan cuci tangan...bacalah ape yg patut..mudah2an xde lagi lebam kat peha dan kena tindih... Sebab kepada kejadian ini adalah suka tidur selepas Asar, suka mandi malam dan mandi dalam keadaan naked. Jin tersebut dikatakan berkenan pada orang yang terkena lebam ni. Dia akan menghalangnya dari bertemu jodoh dan kalau orang itu telah berkahwin, dia akan cuba memecah belahkan perkahwinan tersebut. Untuk mereka yang selalu mengalaminya, ikhtiar untuk menghindarkan kejadian ni dari terus berlaku adalah mandi air perahan limau nipis selama seminggu. Ini bertujuan untuk menghilangkan bau badan kerana dipercayai jin mengenali manusia melalui bau badan. P/s: Selamat mencuba...