Thursday, April 21, 2011

berkawan biar la smpai mati


benda nie dh pun berlanjutan lbh kurang seminggu dh. IMMpun tak taw knp tiba2 jd mcm nie. sorg kwn yg dahulu susah senang bersama kini mengatakan hendak mengundur diri. sebab sebenar tidak diketahui. mengapakah jd begini???


persahatan yg terjalin yg begitu lama sudah boleh dianggap seperti adik beradik yg begitu akrab. jika dicubit paha kiri paha kanan pun tersa sakitnya. kata2 itulah yg boleh digambarkan untuk betapa akrabnya persahatan yg terjalin.



ceritanya bermula begini, pada suatu hari 2. IMM ada ternmpk post sorg kawan IMM kat 1 laman web sosial yg femes skang nie (korg pun taw kn) IMM pun berasa hairan knp seorg kwn nie berkata sedemikian. jd IMM pun tanpa rasa bersalh p komen dan bertnyakan sebab sebenar. IMM cuma bertnya. mklumlah sbgi kwn jika kwn len ditimpa masalah kita pun rasa masalah 2 pun menimpa kita kn. tak gtu??



dan tak semena2 IMM dimarah dan IMM tidak disuruh untuk membalas komen tersebut. alangkah terkejutnya hati ini. IMM pun berkata dlm hati, "aku ada buat salahkah dgn dia nie??"
tp IMM tym 2 bengang dgn sikap seorg kwn nie dan tanpa memikir panjang IMM pun singkirkan dia dr friend list IMM. siap blok lg. ya lah sakit hati kn. tp kata org jika kita dlm keadaan waras kita tak dpt berfikir dgn waras. IMM mnta maaf yek. skang IMM mnyesal pulak.




semalam IMM, rmi dh kwn IMM yg len dpt taw dan menghubungi kwn td. taaw apa respon kawan seorg nie...?? kwn 2 pi marah pulak kwn yg hendak menyelesaikan masalah kwn kita 2. kata nya sbb dia berkata begitu sbnrnya dia dh ada kwn yg lbh baik dr kitaorng suma dan lbh sporting. apa kurang sporting kah kita suma selama nie.



memang tidak dpt dibayangkan persahabatan yg terjalin bertahun lamanya lenyap dgn hanya sekelip mata. sedih lah. selama persahabatan terjalin bnyk kenangan yg indah2 belaka. tidak sanggup pulak untuk melepaskan perkara nie.

p/s: harap persahabatan ni tidak berakhir bgini..biarlah kematian yang memisahkan kita.

Friday, April 15, 2011

:: final exam ::



hye sumer..... IMM pun dh lma kn tak jenguk2 blog nie,
bukannya malas cuma takde masa nk buat post baru.
memandangkan esok merupakan hari cuti hujung minggu,
maka IMM pun ambil lah kesempatan skit untuk bersua mesra ngn peminat suma.
hehehe

sebenarnya IMM nie nda lama lg mo exam final. klu kmu suma perasaan kn IMM
ada buat post pasal exam mode beberapa minggu lps. itu merupakan
exam pertengahan semester yg kali nie exam akhir sem taw.

exam final nie la yg menentukan pointer IMM nti sama ada cemerlang
atau cukup2 makan jer. IMM pun takut jgk nie sebenarnya.
almaklumlah semakin senior nie subjek pun semakin susah. tak gtu??

dh la persiapan pun agak kurang lagi. mana taknya klu ada masa terluang tu
hah! mulalah nk main game la, kuar p tgk wyg la, masa tgk buku cuma dlm kelas.
kat dlm kelas 2 pun bnyk berbual daripada tgk buku. hehehe
salah IMM jgk la tak sedar awal2 kn. dh terhantuk baru nak terngadah.


kang msk dewan exam blank2

pejam celik, pejam celik hanya ada 3 minggu jak lg nk exam final nie.
ehhhh!! takutnya, berdebar pun ada, hepi pun ada gak
sebab klu dh nk final exam tu mknanya penghujung semester bakal tiba.
nk cuti jer kejenyer.

tp sodih la pulak sbb cuti semester kali nie cuma 2 minggu jer. biar betol???
betol!!! tak tipu.

dhlah IMM pun sambung belajar lg. nk cukupkan ilmu di dada sebelum bertarung sok.



p/s: buat kwn2 suma gud luck ya....jumpa kmu suma sem dpn.

Saturday, April 9, 2011

kuasa make up.....


td IMM ada bukak 1 laman web nie ( sori tak bole nk bg link), IMM tgk bnyk gmbar yg pelik2 yg bukan2 pun ada. pastu IMM tak sengaja klik 1 gmbr nie sbb gmbr artis korea mmg cun la.
then klik punya klik terjumpa pulak gm br nie (ada kat bwh nie).
trus IMM pun terfikir "owh mcm nie rupanya" jd suma artis korea (pompuan) nie tak la bgitu lawa mcm drama yg IMM slalu tgk 2.
rupa2nya kena kover ngn mekap.
dia cocok tang sini, tang sini mcm dlm filem pendekar bujang lapauk 2...(ingt lg tak).
tp yg peliknya bnyk2 gmbr sumanya artis korea ngn jepun ( asia la sng ckp) trus IMM pun ubah idealogi IMM psl artis korea ngn jepun nie.....

tgk jak la kat bwh nie...


nmpk tak perbezaan kat gmbr nie...

Friday, April 8, 2011

personal taste....


nie 1 lg drama korea yg IMM sdg tgk skang nie
semasa post ini dibuat IMM baru tgk ep1 dlm drama ini.
tajuk drama ini PERSONAL TASTE, tp tak tahu lg drama nie berkisarkn ttg apa.
jd klu nk tahu kena tgk la drama nie.
download?? nk??
yg tue kena akhtiar sendiri la erk...
IMM rasa nk bagi detail la ttg drama nie
tggu kejap erk...

  • Title: 개인의 취향 / Kaeinui Chwihyang
  • Also known as: Kae In's Taste / Personal Taste
  • Genre: Romance, comedy
  • Episodes: 16
  • Broadcast network: MBC
  • Broadcast period: 2010-Mar-31 to 2010-May-20
  • Air time: Wednesday & Thursday 21:55

Jeon Jin Ho is a straight guy who pretends to be gay in order to become Park Kae In's roommate. His hobbies include organization and ironing, and he’s known for his stoic poker face. He’s a stickler for cleanliness, but he also has a talent for figuring out a women’s feelings. Kae In is very trusting even though she has a habit of being betrayed. However that doesn't stop her from giving people the benefit of doubt and Jin Ho is no different. How will Kae In react when she finds out that her gay roommate is not actually gay at all and that he has fallen for her?

gambaran hari kiamat (kuliah jumaat)

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

Monday, April 4, 2011

korean drama....


  • Title: 시크릿 가든 / Secret Garden
  • Genre: Romance, comedy, fantasy, melodrama
  • Episodes: 20

  • Broadcast period: 2010-Nov-13 to 2011-Jan-16
  • Air time: Saturday & Sunday 21:45


The drama tells the story of Kim Joo Won (Hyun Bin), an arrogant and eccentric CEO who maintains the image of seeming perfection, and Gil Ra Im (Ha Ji Won), a poor and humble stuntwoman whose beauty and body are the object of envy amongst top actresses. Their accidental meeting, when Joo Won mistakes Ra Im for actress Park Chae Rin, marks the beginning of a tense, bickering relationship, through which Joo Won tries to hide a growing attraction to Ra Im that both confuses and disturbs him. To complicate matters further, a strange sequence of events results in them swapping bodies.