Sunday, December 19, 2010

chocolate ka coklat???

kn hari tu IMM ada ckp yg IMM baru balik dr PULAU LABUAN, tym IMM nk blk 2 IMM pun sempat singgah beli coklat kat salah sebuah kedai duty free. klu org sabah p pulau nie len tak len mmg akan beli coklat sebagai buah tgn sbb harga murah sikit berbanding ngn tanah besar.
klu sedara or kwn2 IMM taw IMM p labuan mmg mereka akan mnta belikan coklat. klu sekali dua tu takpa la jgk nie tiap2 kali pegi mmg nk buah tgn (dorg ingt aku cop duit ka). tp nsb bek la jgk harga murah skit kn. klu pasal memilih coklat 2 mmg rasanya ssuma nk dibeli (ntah duit ada ker tak) sbb berbagai2 jenis coklat ada. klu setakat CADBURY tu jgn cakap la berlambak. mcm2 jenis pulak 2.

tp sebenarnya IMM bukan nk cerita pasal 2, IMM nk cerita pasal coklat peberet IMM. coklat yg IMM suka makan nie bukannya yg mahal sgt. harga sedang2 jer tp sedap. bukan IMM jer yg suka mkn tp kakak, mak, bapak dan suma ahli famili IMM suka mkn bnda sama. jd klu nk beli mmg tak susah sbb suma citarasa sama jer.


hah, yg nie antara feberet IMM. mmg sedap. coklat nie IMM suka makan tym dia sejuk sbb tym sejuk coklatnya keras dan di dalamnya ada kacang hazel yg cair di mulut. rasa dia.. ummmppphhhh.. mmg akan mencairkan hati si pemakannya. 1 paket nie cuma RM3.++ jak. mmg tak mahal sangat kn. tp klu beli dalam 1 pek lagi murah. wafer ranggup berintikan kacang hazel dan susu mmg akan membuatkan IMM makan sekali pasti nak lg.



KISSES... seswai ngn nma dia... klu makan 2 rsanya mcm ber'kiss' jak.. mmg nikmat. coklat nie kena bungkus ngn aluminium foil dalam bentuk kecik2. rupanya mcm piramid sikit tp bulat (nda taw mcmana mo describe). coklat nie ada mcm rasa jgk, yg dlm gmbar nie coklat penuh maknanya original taste la. ada jgk dlm coklat nie ada kacang dan ada jgk bercampur coklat putih.



nie pulak coklat CADBURY. coklat nie mmg terkenal lebih2 lg DARK CHOCOLATE. yg mcm coklat besa dlm bentuk bar tp mempunyai isi di dlam.. mmmmm mmg sedap. harga pulak mmg tak mahal sgt dalam RM8.++ gtu.

jd sesiapa yg berkesempatan prgi ke pulau bebas cukai tu servey2 la coklat disana tp jgn lupa bawak balik untuk IMM jgk ok...

p/s: sentiasa ada stok dlm peti sejuk...hehehe

Saturday, December 18, 2010

cuti2 malaysia

hah kali ni IMM nk p bercuti ngn famili IMM kat KUCHING, SARAWAK. hari tu bapak IMM ada kol IMM. tym 2 blom setat cuti lg seminggu baru cuti.

bapa: helo, assalamualaikum.
IMM : waalaikumsalam. ada apa bapak??
bapa: ni bapak nk tnya bila setat cuti kamu 2?
IMM: minggu depan bapak. hujung mggu nie IMM balik la.
bapa: owh baguslah 2. IMM mo ikut ka nti kita mo p kuching?
IMM: hah (nada terkezut)... bila 2?
bapa: tgk lah dulu bila ada masa lapang. bapa sponsor tiket ngn hotel.
IMM: alamak mcm mana nie (dlm hati). IMM dh ada plan la bapak.
tp nti IMM balik kita bincang lg yerk.
bapa: ok. asslamualaikum.
IMM : walaikumsalam.

tut..tut..

p/s: IMM pilih p kuching. mggu dpn nk jln dh.

hujan dikala petang.

semenjak IMM balik bercuti nie, petang IMM memang di basahi oleh hujan yg turun. kadang2 lebat, kadang2 renyai2. org kata hujan 2 rahmat bawa trun berkat. klu difikir2kn balik mmg btol pun. hujan akan siram tanaman kita yg kering. bagi yg malas siram pokok bunya kat laman 2 mmg boleh goyang kaki la.

tapi kat kg IMM nie susah sikit mmg terkenal dgn banjirnye, asal hujan jer skit mmg banjir lumpur lah jawabnye. yg susah penduduk kg la. sbb lepas banjir nti nk bersihkan kawasan rumah.

tp bukan i2 yg IMM nk cerita. IMM nie selalu lah jugak bersenam. amalan hidup sihat lah katakan. kdg2 IMM main badminton ngn kazen IMM dok sebelah umah nir jer. kadang2 tu jgk joging2 ngn kazen jgk. takpun dok lepak ngn kwn2 sekampung. almaklumlah, jarang ada kat kg nie. hidup perantau. mmg mcm 2. berat IMM pun dh bertambah skit.

bukanlah nk salahkn pemberian tuhan tp kurg selesa lah skit. takut2 baju ngn seluar baru tak muat.

p/s: pasal baju ng seluar rupanyer..

Friday, December 17, 2010

facebook: upgraded profile

upgraded profile

bnyk jgklah IMM dpt feedback drpd member2 IMM ckp profile facebookyg baru ni agak tidak teratur dan semak. bagi IMM pembaharuan nie sebenarnya ada kelebihan dan jgk keburukan. salah satu status kita tidak lg ditayangkan. dh 2 gmbr2 yg kita kena tag pun org len bole tgk sbb terpampang kat muka depan. tak brapa nk private dh. kelebihan 2 masih tak nmpk sgt sbb sama jgk pun.

p/s: IMM tak suka yg baru nie.

rancangan tv.. kartun



assalamualaikum....

hari ni IMM borink... jd IMM ada cerita bes. IMM nie selalu tgk cerita kartun. mmg minat jgk la. klu IMM bukak TV jak, IMM mmg tekan 'info' dlu kat remote ASTRO 2. sja nk tgk2 klu ada kartun feberet skang nie.


nie cerita hagemaru

cerita hagemaru nie mmg lawak gila. klu IMM tgk mmg IMM akan ketawa terbahak2. kartun nie mengisahkan ttg hidup seorg kanak2 sekolah rendah dan keluarga dia yg terlalu berjimat sehinggakan mengganggu ketemteraman org lain.



yg nie pun IMM suka tgk. selalu ditayangkan kat chenel disney 2. kartun nie pulak mengisahkan ttg kehidupan 2 org adik beradik semasa cuti sekolah musim panas. setiap hari mereka akan mencipta sesuatu yg tak mungkin di lakukan oleh kanak2 tp meraka lakukan. kebolehan mereka nie tidak disedari oleh parents mereka tetapi kakak mereka cuba tuk mendedahkan rahsia mereka kepada parents mereka. bermacam2 cara kakak dorg nie bt semata2 tuk kasi busted jak. tp malangnya apabila parents dorg balik rumah jak. apa yg dicipta oleh mereka tu akan lesap begitu sahaja disebabkan kebodohan penjahat yg dikalahkan oleh seekor platypus. seriusly platypus.


IMM pun dh penat nie. nti IMM cerita yg len pulak yerk.

p/s: mcm budak2 suka tgk kartun. tp bkn suma kartun.



Thursday, December 16, 2010

kembali semula...

msti pmbaca suma tertnya2 kemana hilang IMM selama nie.
sbnrnya IMM agak sibuk walaupun skang nie dlm mood cuti semester. baru2 nie IMM baru pulang dr sebuah pulau. pulau yg diberi nama PULAU LABUAN.

knp p pulau 2? sbnrnya IMM melawat abg IMM kat sna. dh lma tak p jenguk2 abg kat ctu.
abg IMM pun balik2 kol tnya IMM bila nk p umah dia. dekat setahun jgk lah IMM tak jejak kaki kt umah dia.

dulu pun IMM penah belajar kat pulau 2. kat KOLEJ MATRIKULASI LABUAN (KML) tp student kat sna tak pggl KML tp KMHELL. nk taw knp??? sbb hidup sbgi student kat kolej 2 mmg teruk.
hidup kelam kabut. dh la jadual pack, silibus pun mgg tak bole blah.

malaslah IMM nk crita pnjg lebar lg.
skang nie pun IMM bkn lg student kat kolej 2. skang dh kat kolej lain.

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KOTA KINABALU.
msti ramai yg tertnya2 kolej apa 2??? tak penah dgr pun.

disini biar IMM crita skit. kolej ni menyediakan kursus bagi program dibawah sains kesihatan. dalam kolej nie pulak menyediakan kursus peringkat diploma dam sijil.

  1. DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN
  2. DIPLOMA KEJURURAWATAN
  3. SIJIL JURURAWAT MASYARAKAT
kolej nie sepenuhnya under KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. bnyk kelebihan klu jd student kat kolej nie. peluang pekerjaan dijamin 100% selepas tamat kursus.
bagi program diploma tempoh kursus adalah 3 thn dan bagi peringkat sijil 2 thn 6 bulan.

IMM pun dh penat nie.

P/S: klu ada apa pertanyaan bole tinggalkan kat cni.

Saturday, November 27, 2010

~tarikh keramat~

semoga kekal hingga ke akhir hayat

28 november merupakan tarikh paling bermakna bt IMM dan cik awek. sbb apa tarikh keramat nie lah yg menyatukan 2 hati menjadi 1. bermula dr tarikh nie jgk la IMM dh tmbah lg 1 tanggungjawab yang hendak dipikul.

tahun nie 2010, genaplah 2 thn hubungan IMM ngn cik awek nie. sepanjang tempoh nie mmg bnyk dugaan yg ditempuhi. org cakap dugaan 2 sebnrnya menguji perasaan masing2 tukmenjadi lebih matang. bnyk perkara gembira dilalui tidak ketinggalan perkara sedih pun turut serta. asam garam dlm perhubungan la katakan.

dugaan yg paling berat sekali apabila berjauhan ngn cik awek. berlainan daratan dipisahkan lautan cina selatan. walaupun berjauhan talian DIGI, FB, SKYPE yg mendekat hati masing2. suma tu cabaran. mungkin ada hikmahnya kn. sekarang berjauhan esok2 melekat la pulak kn.

hati kena tabah owh. bukan senang PJJ nie (percintaan jarak jauh). hanya janji dan kepercayaan lah yg membuatkan hubungan nie bertahan sehinggalah ke hari ini. lgpun cik awek nie manja skit orgnya. mklumlah MR RIGHT cik awek nie serius orgnya. mcm seswai la 2kn. sorang serius sorng lg manja. mmg kena sgt.

satu lg, kesibukan kerja IMM dan cik awek nie jgk jd cabaran. dh la berjauhan, sibuk pulak memanjang menjadikan IMM dan cik awek selalu kerinduan gtu. hehehe. namun, sibuk mcm mana pun ada jgk curi2 masa skit berhubung. paling tidak pun bertanya kan khabar berita. mklumlah, asal IMM tahu cik awek nie sihat dh sedap hati dh. buat kerja pun lancar jak.

dh lah IMM pun taknak crita pnjng2 kat cni. biarlah selebihnya hanya IMM dan cik awek jak yg tahu. tak suma bole kongsikan.

P/S: IMM sayang sgt kat cik awek nie.

Sunday, November 14, 2010

DITAMPAR BAPA SENDIRI HANYA KERANA INGIN MEMAKAI TUDUNG



Ceritanya bgini...

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg... Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

KWANG3X.. TEKUN BACA HEH , DARI ATAS .... RELEX LAR BEB .. AKU PUN DA TERKENA
X KAN NAK KENA SORANG2 PLAKKKKKKKKKKKK ....

Friday, November 12, 2010

plez vote~~


Hah nie video yg kwn IMM buat tuk 1 contest. jd IMM nie nk tlg dia supaya dia nie menang lah.
cara nak menang 2 berdasarkan vote yg paling banyak.

marilah kawan2 IMM sekalian kt vote video nie. klu nk vote bukan kat cnie tp kat link kat bawah nie:


kisahnya crita nie berdasar kn seorng suami baru pulang dr keje. dan on the balik 2 dia nie diganggu dgn panggilan telefon dari istri dan anak sulung dia. tp malang tidak berbau terjadilah kemalangan jalan raya akibat kecuaian menggunakan telefon bimbit semasa driving.

bnyk pengajaran citer nie walaupun ringkas dan pendek.

jd, jgn lupa vote erk.


P/S: IMM dh vote.

makanan ringan dulu dulu



tetiba teringat pulak dgn makanan ringan tym IMM kecik2 dulu. tym kn bebudak lg, apa yg sedap ngn lidah nie bantai jer la. IMM masih ingat lg tym sekolah tadika dulu, tym 2 TADIKA lg prasekolah blom ada. klu mak IMM bagi duit belanja IMM akan singgah kat kedai runcit sebelum nk gerak p TADIKA. matlamatnya senang, nk cari makanan ringan.


gula2 susu

cuba tgk gmbar kat atas nie, msti korg suma ingat kn gula2 nie. nie la gula2 peberet IMM dulu2. gula2 kat sebelah kanan 2 dibuat dr susu. klu IMM pggl gula2 nie gula2 susu tp ada jgk yg pggl gula2 arnab sbb kat pembalut dia gmbar arnab. tp IMM tak kesah pun, nama jak lain tp bnda yg sama pun.

apa yg bes ttg gula2 nie kat dlm pembalut 2 ada lg 1 pembalut jernih yg bole terus d makan. sbnrnya pembalut jernih 2 dibuat dr kanji jd klu kena air liur jer terus dia cair. rasa dia sedap harda pun murah lg tym 2, klu ada duit 10sen bole dpt 2 bijik. skang nie gula2 nie ada lg la. sbb mak IMM pun kdg2 beli jgk simpan kat umah.

lupa pulak ck crita kat sebelah kiri 2, gula2 tu pun dibuat dr susu, cuma gula2 nie dlm bntuk tablet (ala mcm ubat 2) hah. tym kecik2 dlu klu IMM kat sekolah hah mula nakal main DOKTOR2 la dh 2 bagi ubat kat pesakit ngn gula2 nie. selalunya IMM jd pesakit jd dapatlah mkn gula2 free. LOL.


gula2 udang

hah yg nie pun peberet IMM. IMM panggil gula2 udang sbb kat pembalut dia ada cap udang. rasa dia sedap sgt. gula2 nie lebih kurang jer ngn gula2 susu td. tp bkn dr segi rasa taw, dr segi pembalut dia. kat dlm nie pun ada jgk pembalut jernih 2 dan bole makan jgk la. kat dalam gula2 nie mcm ada rasa kacang taw. jd klu mkn gula2 nie lama2 timbul lah rasa kacang 2. gula2 nie pun ada jual jgk kat kedai runcit y IMM selalu singgah 2. habis duit belanja mak bagi beli gula2 nie.
harga mcm besa la tym 2 zaman IMM murah lagi, 10sen dapat 2 bijik mcm 2. klu sekarang nie haram nk dpt mcm 2.

baru2 nie IMM ada pulang kat umah sbb cuti Deepavali kn. IMM pun dh lama tak pulang rumah jd IMM selongakar la kabinet tempat mak IMM simpan makanan ringan. tup tup IMM jumpa pulak dh gula2 peberet IMM kecik2 dulu. ingtkan gula2 nie dh tak wujud dh kn.

ok berbalik pada crita IMM td. kat bawah nie pun ada lg gula2 peberet IMM. meh kita tgk.


gula2 kapas

hah nie la gula2 kapas nmanya. sebab kat atas dia 2 mcm kapas, lembut sgt rasa dia pun manis sgttt. gula2 nie klu kena air liur dia akan berubah taw. ala korg pun penah mkn kn bnda nie jgk.

jd IMM pun taknak la crita pnjg lebar.

cuma yg IMM tertnya2 nie. korang msti penah tgk kn cara gula2 nie dibuat. IMM pelik lah tetibe jer mesin 2 bole jdkan gula2 nie bntuk mcm nie.

klu ada sesaper yg bole terangkan tak pd IMM???

baru2 nie IMM ada jgk la beli gula2 nie. tp yg tak bes nya dh skang nie dia tak pakai kon aiskrim lg dh. alih2 dh guna lidi jer skang nie, nk jimat kos kot yg IMM andaikan jer lah. padahal tym IMM kecik2 dulu IMM selalu mkn kon aiskrim 2 yg paling laz. maklum lah tym kecik2 2 apa jer bnda yg paling sedap mmg makan paling laz.

korng jgn nk tipu IMM la. IMM pun penah kecik juga dulu.

klu mak masak lauk udang ngn telur goreng mmg IMM akan tinggalkan sedikit untuk suapan yg terakhir. konon2 nya suapan yg terakhir 2 nk yg paling bes skali. tp klu IMM ingat2 balik. watdefak. takde maknanya pun.

tangan IMM pun dh lenguh nie. sampai sini jer dulu erk.

P/S: wlupun IMM mkn bnyk gula tym kecik2 dlu. gigi tetap sihat taw.



maap erk~~


hai kepada peminat2 bolg IMM nie. mmg dia akui IMM agak sibuk sedikit dgn aktiviti seharian disebabkan minggu exam dh pun berkunjung tiba. IMM sibuk lah buat revision sbb nk dpt pointer yg bagus la katakn.

sebenarnya bukan lah 24 jam pun IMM bt ulangkaji nie. tp asal jek ada masa terluang kwn ajak p mkn la, p jogging la dan bnyk lg lah. smpai takde masa pun nk update entry baru.

msti ada yg tertnya2 nie kn, ckp takde masa nk update entry baru tp yg nie. ya, sebenarnya IMM ambik masa sekejap jak nie nk buat entry. IMM pun juga korang taw IMM nk exam. nti adalah pulak makhluk Tuhan 2 ckp IMM nie hangat2 taik ayam jer buat blog, dh 2 tinggal mcm 2 jer.

IMM taknak lah tuduh sepa2kn. tp IMM pun taknak lah jugak korng tuduh IMM mcm2 jgk.

but anyway, exam pun dh dkt nk habis, jd bole la IMM kontiniu update blog nie. sabar erk. bnyk entry tertunggak nie... tggu..


gud luck ya IMM.. (wish sendiri)


P/S : paper yg laz nie bole goreng punya lah..

Sunday, October 24, 2010

makan steamboat~~



hurm~~
sebenarnya IMM dh lma nk post citer passal nie tp malu ar.
sbb kwn IMM yg dua org nie kuat mkn. tp IMM dh tnya ngn dorg dan dorg pun ckp tak kesah apa lg IMM pun post la kat cni (jgn marah ar)


tym 2 bln posa. IMM nie dh borink sgt mkn nasi kat asrama nie. kebetulan tym 2 pulak gaji. hah mmg seswai sgt mkn kat luar. jd apa lg layannnnnn zazzzzz!!!!! lah jwbnya. lg 1 kwn2 IMM kat asrama nie pun suma kuar mkn kat luar mklum la... baru masyuk lah katakan.


jd IMM ngn kwn IMM pun p la cri tmpat mkn. pusing punya pusing jumpa lah tempat mkn nie.
ala bukannya jauh sgt pun kat BUKIT PADANG, kat KG NELAYAN 2. nie nk crita lah skit mkn kat situ mmg berbaloi2. wa ckp lu. bayaran yg dikenakan mmg murah cuma RM30++ jak. tp mkn smpai nk pecah perut. dh 2 menu pilihan pun sampai dh tak taw nk mkn apa. wlupun perut dh kenyang tp still mo mkn jgk sbb apa??? sebab rasa rugi klu tak mkn. rasa menyesal. baru ckp pasal harga ngn menu. rasa tak crita lg. rasa makanan kat situ mmg mannnteeppp!!! wa ckp kat lu.

IMM pun mls nk tulis pnjang2. tgk jer lah beberapa gmbar kat bawah nie.

i LOVE saturday..




dh lma IMM tak buat entry brukn?? mesti suma peminat IMM pun rindu dan ternanti-nanti apa pulak topik IMM nk sampaikan. hah, hari nie hari ahad. IMM tak p mana2 pun sbb malas nk jln2 lgpun cuaca panas ari nie.

IMM nie bukan apa. suka sangat ngn ari sabtu. sbb ari sabtu boleh lah bgun lmbat skit, bole la kemas bilik, basuh baju dan macam2 lg. sbb hari besa tak sempat nk buat bnda nie suma.

kadang2 tu klu ada bajet lebih skit bole la tgk wayang kat GSC kat suria ker kat 1B ker. bole release tension gtu.


waktu malam.


tgh tggu nk masuk cinema. mana yg len nie


sempat lg pose gtu.

IMM slalu kluar pun ngn kwn2. klu kwn2 ajak kluar IMM join la. lgpun hari sabtu nie klu penat2 pun still ada hari ahad tuk brehat. kadang2 tu klu IMM tak sedar sampai jam 6 pg bru balik rumah. then dh sampai rumah trus tdor smpi petang. apa nk jd pun IMM tak taw. but IMM still LOVE SATURDAY!!!!!!


LAGU THE VIRGIN

the virgin

skang nie IMM minat sgt ngn lagu kumpulan THE VIRGIN nie. bukan apa lirik dia 2 menyentuh kalbu. walaupun IMM teda kena mengena pun ngn lirik dia 2. eh lupa pulak tajuk lagu yg IMM minat 2 CINTA TERLARANG. bnyk makna dia kn. tp CINTA IMM nda terlarang pun cuma berjauhan ngn si DIA. rindu lah ngn DIA.

Friday, October 22, 2010

AIR MATA MALAM PERTAMA

Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni.

"Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu." Ujar ayah padaku.

Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul.

Solat berjemaah adalah saru agenda yang tidak boleh dilupakan. Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air.

Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik. Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam.

Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu.

Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu.

Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu.

Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu.

Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam.

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami."

"Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami."

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin."

Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman.

Aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan. "Bang, maafkan Ana!" Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya.

Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus. "Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang." Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku. Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah.

"Abang nak ke mana tu?" Soalku. "Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi." Jawabnya.

"Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi."Aku kesian melihatnya, keletihan.

"Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah." Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu. "Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya."

Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah. Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah.

Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja.

"Bila Ana turun?", soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja, "Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang."

"Maafkan abang sayang", Dia menghampiriku. "Sayang tak marahkan?" Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat.

Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku.

"Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita", Rungkutku tersipu-sipu.

Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku. "Apa nak malu, kan sayang ni isteri abang." Jawabnya tersenyum.

"Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi." "Betul ni?" Soal suamiku cepat-cepat. "Ish..Gatal la abang ni!", Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku.

Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi.

Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu.

Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri.

Walaupun begitu, masih ada sedikit rasa takut di hatiku.

Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku.

"Apa yang Ana menungkan ni?" Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang.

"Abang ni, terkejut Ana tau!" Aku buat-buat merajuk.

Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk. "Alaa..sayang ni..macam tu pun nak marah." Usiknya sambil mencubit pipiku.

"Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!" Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu.

Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku.

"Sayang…" Seru suamiku sambil merangkul tubuhku, "Sayang nak honeymoon kemana?" Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu.

Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu. "Ana ikut aje ke mana abang nak bawa." "Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?" Guraunya.

"Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?" Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa.

"Nanti sayang nak berapa orang anak?" Soalnya lagi setelah ketawanya reda. "Abang nak berapa?" Soalku kembali tanpa menjawab soalannya.

"Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?" "Ish…abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?" Sekali lagi suamiku ketawa.

Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa. "Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan."

"Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup."

Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira. "Ni yang buat abang tambah sayang ni." Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku.

Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi.

"Zul, Ana! Jom kita makan dulu!" Suara mak memanggil. "Mari bang! Ana pun dah lapar ni." Ajakku sambil memimpin tangannya.

Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam.

Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan.

Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik. Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku.

Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukenali.

Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup.

Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri.

Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja.

Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apatah lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan.

"Mampukah aku menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu?

Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?" Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku.

Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya.

"Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku."

"Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan."

Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami.

Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari.

Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti?

Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil.

"Masuklah, pintu tak berkunci." Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku. Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan.

Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku. "Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?"

Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku.

Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu.

"Habis tu apa yang sayang menungkan ni?", "Ana takut bang!" Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya. Dia memelukku erat sambil membelai rambutku.

"Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita." Pujuk suamiku.

"Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut.."

Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku.

Terkebil-kebil mataku memandangnya.

"Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang!

"Bisiknya. Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku. "Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit."

Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang.

Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air.

Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai. Malam berarak perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang.

Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya.


"Ayah, mak! Ana dah buat keputusan." Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari.

Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri.

"Keputusan tentang apa?" Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat. "Pasal peminangan tu." Ujarku.

Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu.

Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku.

"Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih." Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya.

Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari.

Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu.

Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini?

Hanya emak yang tahu hakikatnya.

"Syukurlah, moga Ana bahagia nanti." Ucap ayah padaku.

Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis.

Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku.

"Nanti mak kenalkan dia pada Ana." Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka.

"Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje." Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku.

Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat.

"Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya." Ayah mempersoalkan keputusanku itu.

"Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula?" Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu.

Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air.

Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka.

Dia keluar sambil tersenyum ke arahku. "Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah." Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan.

"Baik bang. Bang, ni baju abang." Ujarku sambil bangun untuk ke dapur.

Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi.

"Patutlah." Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang.

Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik.

Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar.

Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan. Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah.

Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya. Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa.

Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.

"Bang…."Seruku. "Ada apa sayang?" Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya. "Malam ni abang nak…..nak….."Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu.

Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya… " Nak apa sayang?" Soalnya lagi sambil tersenyum. "Ah..abang ni…"Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku.

"Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?" Bisiknya ketelingaku. Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya.

Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.

"Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!" Bisik suamiku. "Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia." Jawabku.

Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya.

Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul.

Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama ladang dan suamiku itu adalah peladang.

Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya.

Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku.

Aku cuba untuk mempraktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya.

Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku.

Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.

Rasulullah bersabda: "Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."

Rasulullah bersabda: "Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu." Rasulullah bersabda: "Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia."

Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu."

Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya.

Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong-menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya.

Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.

Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu.

Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya.

Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya.

Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu.

Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu.

Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti.

Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang. Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini.

Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah.

Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya. "Abang tak apa-apa?" Soalku risau dengan keadaannya.

Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui.

"Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot."Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam.

"Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu." Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pijama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu.

"Nakallah abang ni." Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar. Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat.

Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam. Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu.

Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku.

Aku lihat muka suamiku agak kepucatan. "Kenapa ni bang?" Soalku sewaktu bersalaman dengannya. " Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni.."

"Zul sakit ke?" Tanya ayah. "Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot."Jawabnya. "Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak." Sampuk mak. "Nanti Ana ambilkan ubat."

Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat. Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku.

Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air.

Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk.

Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan. "Terima kasih." Ucapnya perlahan. Aku angguk. "Abang berehatlah." Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam.

"Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang." " Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah."

"Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan."

"Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah.", Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya.

"Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan sayang. Sayanglah satu-satunya buah hati abang." Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja.

Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik.

"Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea" "Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya." Ujarnya perlahan. "Abang tidurlah."

Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya.

Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu. Aku memerhatikan suamiku buat seketika.

Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku.

Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga.

Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat.

Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi.

Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang.

Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu.

Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya.

Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku.

Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya.

Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk.

Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap!

Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami.

Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu.

Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku.

"Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana." Pujuk emak.

Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil.

Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini.

Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjenguk dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku.

"Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku."